Thursday, August 26, 2010

Kembara

hidup ini umpama sebuah pengembaraan seseorang manusia mencari tujuan hidupnya sebenar dan mencari jawapan apakah tugasnya di dunia ini.... Umpama sepohon pokok, hidupnya bermula dari sebiji benih yang ditanam dan dibesarkan. Semuanya bergantung kepada keadaan persekitarannya seperti cuaca, struktur tanah dan sebagainya akan menentukan sama ada pokok itu akan membesar atau juga sebaliknya..... Di sekiranya dirujuk dalam kehidupan manusia yang sebenarnya, bijih benih diibaratkan sebagai bayi yang sedang membesar dan persekitaran yang dimaksudkan adalah keluarga, masyarakat dan sistem pendidikannya yang akan menentukan sama ada bayi itu akan menjadi insan yang berguna kepada generasi akan datang ataupun sebaliknya.........

oleh itu yakinlah, kita adalah masa depan generasi kita........ Kalau baik masa ini maka baiklah masa depan generasi kita dan begitulah juga sebaliknya....

So kalau nak terbaik untuk generasi seterusnya, apa yang harus dilakukan adalah: Tepuk dada tanya hati sendiri... Jawapan dia ada pada kita sendiri..............